Thursday, 5 December 2013

PASUKAN JAYAKAN PERBARISAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 56 PERINGKAT NEGERI PERLIS



KANGAR.         Pada tahun ini, pasukan telah diberi kepercayaan oleh Briged Sempadan mewakili Briged dalam menjayakan Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Ke 56 Peringkat Negeri Perlis bertempat di Dataran Merdeka Kangar. Perarakan perbarisan pada pagi tersebut di mulai dengan pembawa bendera Malaysia bersaiz 25’x40’ oleh 40 LLP dari pasukan ini dan di ikuti oleh jabatan dan agensi serta pertubuhan bukan kerajaan yang membabitkan 96 kontinjen disaksikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang berkenan menyertai ribuan rakyat menyaksikan kemeriahan perarakan perbarisan pada pagi tersebut. Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man dan Panglima Briged Sempadan Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.
  Para hadirin yang hadir pada perhimpunan itu turut dipersembahkan dengan Demo tempur tanpa senjata dan persembahan Tarian Perang gabungan 5, 4 dan 3 RS hasil bimbingan Kapt Nasip Miroh  memperlihatkan kecekapan anggota Tentera Darat menggunakan senjata dalam mempertahankan diri apabila keadaan memerlukan. Dalam ucapan Raja Perlis, baginda berkehendakkan semua rakyat jelata bersatu padu dalam membangunkan kerajaan sesuai dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Malaysia Ku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku” . Majlis di akhiri dengan acara bergambar beramai-ramai Raja Perlis bersama murid-murid tadika kemas yang turut menjayakan perbarisan pada pagi tersebut.



Menyingkap sejarah 305