
Sunday, 15 September 2013
LAWATAN PANGLIMA KODAM 1/BB (PANGDAM) TNI KE KAWASAN PERSEMPADAN MALAYSIA/THAILAND

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 5 RS
KEDAH: Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 5 Rejimen Sempadan telah dibuat di Padang Kawad Pasukan pada 4 Jul 2013. Perbarisan pada pagi tersebut diketuai oleh Mej Md Uzir bin H.M Said Abdullah selaku ketua perbarisan yang terdiri daripada 19 Pegawai dan 450 anggota Lain-lain Pangkat. Lt Kol Abdul Rashid Shahdan telah menyerahkan tugas kepada Lt Kol Nor Afendi Mohamed Thufik dan disaksikan oleh Panglima Briged Sempadan Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.
Semasa menyampaikan ucapan terakhir, beliau mengingatkan anggota bahawa kejayaan tidak datang begitu mudah dan setiap kejayaan perlu dilalui dengan pengorbanan sama ada pengorbanan masa, tenaga dan keluarga. Beliau juga berpesan agar semua peringkat anggota memberi kerjasama yang padu kepada Pegawai Memerintah yang baru bagi mengekalkan dan meneruskan kejayaan yang telah dicapai sebelum ini oleh pasukan. Di kesempatan itu juga, beliau melaksanakan upacara pemakaian pangkat kepada anggota Lain-Lain Pangkat yang layak bagi mengisi kekosongan perjawatan dalam pasukan.
Di akhir majlis, sebagai tanda kenangan beliau telah menyempurnakan majlis penanam pokok Kayu Hitam di hadapan Pejabat Markas Batalion dan seterusnya beliau diarak berjalan sambil bersalaman bersama anggota yang hadir dan mengucapkan selamat jalan terakhir kepada beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)