KEDAH. Lawatan Mayor General Burhanudin Siagian Komando Daerah Militer (KODAM) 1/BB TNI Angkatan Darat Indonesia telah dibuat ke pasukan 5 Rejimen Sempadan (5RS) pada 22 Ogos 2013. Lawatan tersebut bertujuan untuk saling bertukar-tukar pendapat dan idea berkenaan isu persempadanan. Lawatan sehari tersebut telah di taklimatkan oleh Panglima Briged Sempadan Ybhg Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar bertempat di Bilik Gerakan Pasukan. Dalam taklimat tersebut, panglima menerangkan tentang peranan serta tugas Briged Sempadan dan unit-unit di bawah naungan menanggani isu-isu semasa persempadanan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand.
No comments:
Post a Comment