KEDAH: Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 5 Rejimen Sempadan telah dibuat di Rumah BAKAT Pasukan pada 3 Julai 2013 di antara Puan Normazila Mokthar kepada Pengerusi BAKAT yang baru Puan Siti Hamidah Ayob (kiri) dengan disaksikan oleh Datin Saimah Shafie Pengerusi BAKAT Bgd Sempadan di hadapan semua ahli-ahli BAKAT yang hadir pada hari tersebut.
Dalam ucapan Mantan Pengerusi, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli BAKAT yang selama ini memberi kerjasama dan sokongan yang padu ke atas beliau semasa memegang jawatan tersebut. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Mantan Pengerusi oleh Puan Mahsuri Mat Tahir iaitu isteri Ketua Kompeni Markas mewakili ahli BAKAT pasukan. Acara bergambar kenangan beramai-ramai dibuat mengakhiri majlis pada hari tersebut. Oleh: Kpl Muhammad Hamid.
No comments:
Post a Comment