MEGAH... Bendera pasukan megah
berkibar di puncak Gunung Kinabalu. Tim Ekspedisi mendaki gunung Kinabalu
bergambar kenangan dipuncak tertinggi.
|
Cabaran Dan Rintangan.
Tepat jam 5.00 pagi kelihatan cahaya pertama matahari mula menyinari puncak tertinggi gunung kinabalu dan pada waktu itulah kami melihat betapa indahnya ciptaan tuhan. Kegembiraan Tim ini dikongsikan dengan mengibarkan bendera pasukan sebagai tanda semua amanat dan harapan pegawai memerintah Lt Kol Abd Rashid Shahdan (Peg Mem Ke 3 RS) sebelum ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tepat jam 7.00 pagi kami telah bergerak turun semula ke Lows Park dan membuat persiapan balik semula kepasukan. Sememangnya pengalaman amat tinggi nilaian kepada kami dan amatlah bermakna bagi pasukan kerana ianya bukan sahaja membuktikan kepada anggota pasukan akan kemampuan kita tetapi kepada warga TD khasnya bahawa pasukan ini juga mampu berjaya melaksanakan tugas dan misi yang telah diamatkan. Pengalaman seperti yang diceritakan oleh Sjn Ahmad Nizam Mat Tahir (Sjn Risik Pasukan) kepada penulis.
Salam tuan. Cmna saya nk brhubung dgn tuan dgn lebih lanjut
ReplyDelete