Thursday, 31 January 2013

CABARAN MENDAKI GUNUNG TERTINGGI ASIA TENGGARA - Misi yang terlaksana

MEGAH... Bendera pasukan megah berkibar di puncak Gunung Kinabalu. Tim Ekspedisi mendaki gunung Kinabalu bergambar kenangan dipuncak tertinggi.



Awal Mula Pertama Mula

Perancangan dan idea awal semuanya bermula sebulan sebelum ekspedisi ini dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah Lt Kol Abd Rashid Shahdan. Dalam pada itu perbagai idea dan pendapat telah dibentangkan termasuklah perbelanjaan pergi dan balik tim ekspedisi yang terpaksa di tanggung sendiri oleh anggota namun pada 21 Nov 2011 perancangan ini menjadi kenyataan apabila seramai 7 anggota dari pasukan menawarkan diri untuk menjayakan ekspedisi tersebut mereka ialah Kapt Nasib Mirop ketua platun D sebagai ketua tim ekspidisi, Sjn Ahmad nizam Mat Tahir dari Sel Risik, Sjn Ahmad Fazlee Abdullah dan Sjn Nasirudin Ahmad dari Pl Logistik, Kpl Ahmad Hanafi Said  dan Lkpl Abd Rahman Rosli dari Pl Tinjau dan terakhir Lkpl Mohd Faizul Yassin staf Risik Pasukan.
 
Cabaran Dan Rintangan.

Tim ekspedisi yang terdiri daripada  seorang pegawai dan enam lain-lain pangkat (LLP) mula mengorak langkah seawal pendakian bermula 6.30 pagi melalui fasa pertama dari garis permulaan ke Leban Rata sejauh 8 KM, dalam masa itu, mereka telah diuji dengan keadaan cuaca yang terlalu sejuk sehinggakan baju yang dipakai terasa nipis, keadaan trek yang kecil dan paras kecuraman pendakian sehingga 35 darjah ianya amat menyukarkan pendakian disamping batu-bata dalam keadaan basah memudahkan lagi keadaan yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa. Tetapi semua itu bukanya penghalang bagi tim ekspedisi yang sememangnya telah terlatih dalam keadaan yang sukar.

Setibanya mereka di Leban Rata, pendakian dihentikan buat sementara dan jam seawal 2.00 pagi pendakian disambung semula. Dalam keadaan malam dan kesamaran cahaya bulan berbekalkan lampu suluh, pendakian diteruskan semula dalam jarak 2.7 KM sebelum sampai kepuncak gunung dengan mendaki cerum yang dipenuhi batu-batan yang licin sehingga perlu menggunakan tali untuk mendaki bagi menggelakkan diri dari tergelincir. 

Tepat jam 5.00 pagi kelihatan cahaya pertama matahari mula menyinari puncak tertinggi gunung kinabalu dan pada waktu itulah kami melihat betapa indahnya ciptaan tuhan. Kegembiraan Tim ini dikongsikan dengan mengibarkan bendera pasukan sebagai tanda semua amanat dan harapan pegawai memerintah Lt Kol Abd Rashid Shahdan (Peg Mem Ke 3 RS) sebelum ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tepat jam 7.00 pagi kami telah bergerak turun semula ke Lows Park dan membuat persiapan balik semula kepasukan. Sememangnya pengalaman amat tinggi nilaian kepada kami dan  amatlah bermakna bagi pasukan kerana ianya bukan sahaja membuktikan kepada anggota pasukan akan kemampuan kita tetapi kepada warga TD khasnya bahawa pasukan ini juga mampu berjaya melaksanakan tugas dan misi yang telah diamatkan. Pengalaman seperti yang diceritakan oleh Sjn Ahmad Nizam Mat Tahir (Sjn Risik Pasukan) kepada penulis.

Saturday, 26 January 2013

HARI KOGNITIF PERINGKAT BRIGED SEMPADAN



KOGNITIF... Hari Kognitif Peringkat Bgd Sempadan pada 13 Dis 2012 telah dibuat di Batalion Ke 5 Rejimen Sempadan bertempat di Rumah BAKAT Pasukan. Hari Kognitif ini lebih kepada pemahaman mengenai tatacara tugas dan peranan anggota semasa melaksanakan sesuatu operasi. Dalam pengertian lain kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing yang melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk semua peringkat anggota kerana ia dapat membantu dalam penyelaras dan melicinkan sesuatu pentadbiran dimasa hadapan. Pada hari tersebut juga, pengenalan asas kepada cara penggunaan Kompas Lensatic yang baru diperkenalkan kepada anggota TD. 

UJL UJI SETIAKAWAN ANGGOTA - Mej Md Uzir bin H.M Said Abdullah


PADANG RAGBI:    Ujian Jalan Laju (UJL) 5 KM telah dilaksanakan pada 19 Jan 2013 dengan penglibatan seramai 13 Peg dan 357 LLP ini termasuklah Pen Peg Memerintah Mej Md Uzir H.M Said Abdullah telah di uji pada pagi tersebut. kompeni A adalah kumpulan pertama yang dilepaskan pada jam 0826 dan masa 5 minit diberikan (Gap) iaitu jarak masa diantara kumpulan  seterusnya.
                

                 Garis berlepas yang bermula daripada Padang Ragbi Pasukan kemudian berjalan mengikut jalan keselamatan  Operasi Pagar II hingga ke Pos 2 dan seterusnya berpatah balik mengikut lorong ladang getah dan balik semula ke tempat berlepas dan menamatkan ujian. Ujian Jalan Laju yang lengkap dengan peralatan FSMO adalah bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal selain melihat kerjasama dan kesefahaman dalam sesuatu kumpulan. Sebelum itu, semasa perbarisan pagi Pen. Peg Memerintah telah berpesan kepada setiap ketua seksyen/kumpulan hendaklah menyelaras pergerakan anggota (kawalan seksyen) dan selalu memastikan keselamatan kepada peralatan persendirian seperti senjata dan peralatan-peralatan lain haruslah dititik beratkan serta tidak dipandang ringan. Ujian ini adalah ujian kedua selepas UKA yang telah dilaksanakan sebelum ini mengikut kitaran latihan yang telah dikeluarkan pada tahun ini.
 

“MEMPERKASAKAN KUALITI LATIHAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN” - Lt Kol Abd Rashid Shahdan




KEM BUKIT KAYU HITAM:    17 Jan 2013, “Sama-sama kita menyahut cabaran, melaksanakan rancangan penugasan sebagaimana arahan kitaran latihan dan pentadbiran serta merealisasikannya agar mencapai sasaran yang telah di rancangkan” - kata Lt Kol Abd Rashid Shahadan Pegawai Memerintah sewaktu menyampaikan ucap sulung sempena perbarisan beliau pada tahun ini bertempat di Padang Kawad Pasukan. Dalam pada itu, beliau juga turut mengulas semula teguran dari Mk atasan seharusnya dijadikan panduan dan sama-samalah  kita memperbetulkan kesilapan bagi meningkatkan dan memperkasakan pasukan ini dimasa hadapan.

      Perbarisan Pegawai Memerintah pada pagi itu diketuai oleh Mej Md Uzir H.M Said Abdullah pen. peg memerintah dengan kekuatan seramai 12 peg dan 404 LLP dimulai dengan ketibaan pegawai memerintah diiringi oleh Lt Rosman Lembut (KM). Selepas menerima tabik hormat dari ketua perbarisan beliau seterusnya membuat pemeriksaan terhadap pegawai dan anggota yang hadir pada perbarisan tersebut.

     Perbarisan pada pagi tersebut juga menyaksikan acara menandantangani Nota Serah Terima Tugas Pegawai-pegawai Staf Pasukan diantaranya ialah Mej Md Uzir H.M Said Abdullah (Pen.Peg Mem) menerima tugas daripada pemangku pen. pegawai memerintah Mej Misnan Bakri (Ketua Komp C) yang sebelum ini menerima tugas daripada Mej Rosezaimee Abdullah yang telah pun bertukar keluar ke MPAT. Tugas Pegawai Rekod Pasukan yang dahulunya disandang oleh kapt Mohiddin Kasiran telah menyerahkan tugas tersebut kepada kapt Mohd Rodzaini Saad dan pada masa yang sama  beliau juga (mantan Ajutan) menerima  tugas sebagai Pegawai Kenderaan daripada Kapt Mohd Azani Abd Ghani. Bagi Pegawai Semboyan yang dulunya dipegang oleh Kapt Mohd Dhuzuki Muhamad Hanafiah telah menyerahkan tugas tersebut kepada Kapt Mansur Mohd Jusoh dan akhir Pegawai Risik Pasukan telah dijawat oleh Kapt Nasip Miroh setelah mengambilalih tugas daripada Kapt Mohd Razi Mat Rifin.


     Pada pagi tersebut juga seramai 8 orang anggota LLP telah dinaikan pangkat dari Pbt ke Lkpl (4 Orang) dan dari Lkpl ke Kpl (4 orang). Perbarisan tersebut di akhiri dengan penyerahan barang-barang keperluan sukan dari Pegawai Memerintah kepada ketua kompeni mewakili kompeni masing-masing. Turut hadir ister kepada pegawai memerintah Puan Normazila Mokhtar menemani isteri-isteri ahli BAKAT yang dinaikan pangkat pada pagi tersebut.

58 LLP TAMAT KURSUS TEMPUR WIRA



KEMAHIRAN... Penuntut kursus memperlihatkan kemahiran TTS yang dipelajari sewaktu menjalani kursus tersebut di hari penutupan kursus di Gelangan Gempur Wira Pasukan.




KEM BUKIT KAYU HITAM:       Seramai 57 Lain-lain Pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan kursus Tempur Tanpa Senjata Siri 2/2012 Peringkat Briged Sempadan bertempat di Gelangan Gempur Wira 5 Rejimen Sempadan (5RS). Upacara penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg Dato, Saad Man Adun Jitra diringi oleh Lt Kol Abd Rashid Shahdan Pegawai Memerintah 5 Rejimen Sempadan pada 28 Dis 2012 yang lalu.


Kursus yang berlangsung selama sepuluh minggu itu bermula 8 Okt hingga 28 Dis 2012 bertujuan untuk melatih anggota asas seni pertahanan diri yang wajib dipelajari oleh setiap anggota tentera. Kursus yang dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama penuntut diajar seni mempertahankan diri ‘Taekwondo’ asas pergerakan tangan dan kaki bermula dari asas tumbukan, tangkisan, tendangan, taknik kilasan sehinggalah kepada pergerakan lawang. Bagi fasa kedua pula, penuntut diajar seni pertahankan diri Gempur Wira medan pertempuran dengan menggunakan senjata M16, kayu cota, parang dan banet sama ada dengan tujuan membunuh ataupun mempertahankan diri.

Upacara penutupan kursus pada pagi itu dimulai dengan persembahan demo dari penuntut dimulai dengan asas renggangan jasmani, rebahan disusuli dengan tumbukan dan tangkisan, bertarung menggunakan senjata api dan tajam, lompatan dan diakhiri dengan pemusnahan. Penuntut terbaik bagi ketegori ketabahan telah disandang oleh Pbt Azli Che Nordin dan bagi ketegori Sparing terbaik pula jatuh kepada Pbt Mohd Azam Busrak dan akhir, Pbt Mohamad Safuan Shahbudin telah terpilih sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi siri ini. Hadiah dan sijil telah disampaikan sendiri oleh Ybhg Dato’ Saad Man dan sebagai tanda kenangan, Pegawai Memerintah mewakili penuntut kursus menyampaikan cenderahati berbentuk Pisau Banet dan plaka kepada Ybhg Dato kerana kesudian beliau hadir pada pagi tersebut. Sememangnya kursus ini amat besar bermaknanya dimana ia dapat memberi keyakinan kepada peserta dalam membuat tindakan serta merta apabila diperlukan kelak.


PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN 5 RS


Memahirkan diri dan tanggunjawab mengikut sistem rejimental TD” - Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar
  
KEM BUKIT KAYU HITAM:    Dengan diringi oleh Pegawai Memerintah Lt Kol Abd Rashid Shahdan, Panglima Briged Sempadan Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar telah melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan terhadap pasukan pada 21 Nov 2012. Pemeriksaan tersebut adalah untuk mengenal pasti bahawa setiap kesiapsagaan anggota pasukan berada ditahap yang tinggi serta boleh digerakan pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan khidmat tentera.
Pemeriksaan pada pagi itu dimulai dengan pemeriksaan kawalan suku di balai pengawal dan seterusnya panglima ke Padang Kawad Pasukan untuk memeriksaan peralatan serta menguji pengetahuan anggota dalam Ilmu Medan Perang (IMP) termasukalah pengendalian kompas dan peta, pengendalian senjata individu, senjata bantuan diperingkat seksyen dan kompeni, Ujian UKA dan melihat persembahan cara dan taknik pengendalian Operasi Ketenteraman Awam (POPO) dibawah arahan Plan Rampai. Selain daripada itu, panglima juga melawat sekitar kawasan kompeni dan jabatan bagi mengenal pasti keperluan ataupun permasalahan yang dihadapai dapat diatasi.
“Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan Pemeriksaan Tadbir Tahunan kali ini, melalui pemeriksaan tersebut saya menyimpulkan bahawa pasukan mempunyai kekuatan dan pada masa yang sama ia juga mempunyai kelemahan, dengan kekuatan seharusnya digunakan untuk menambahbaik pentadbiran sama ada pengurusan operasi, latihan, logistik  ataupun pentadbiran di peringkat kompeni mahupun batalion. “Dari aspek kelemahan pula, seharusnya dilihat melalui kelemahan individu itu sendiri, skill dan pengetahuan serta kelemahan di peringkat sub sistem perlu diatasi dengan segera bagi menjadikan kita anggota yang profesional dan dapat mengikut sistem Rejimental yang dituntut oleh Tentera Darat” kata Panglima Bgd Sempadan sewaktu menyampaikan amanat pesanan kepada pegawai dan anggota di Padang Kawad sebelum mengakhiri pemeriksaan pada hari tersebut.
 

KURSUS ASAS FOTOGRAFI KERJASAMA PUSAT GIAT MARA KEDAH/PERLIS


BUKIT KAYU HITAM:   Majlis Penutup Kursus Asas Fotografi dengan kerjasama Pusat Giat Mara Cawangan Kanggar, Perlis dibawa Program 1 Malaysia telah disempurnakan oleh Lt Kol Abdul Rashid Shahdan pegawai memerintah dengan dihadiri oleh ketua-ketua kompeni pada 19 Nov 2012 bertempat di Rumah Bakat Pasukan. Kursus bermula dari 16 hingga 19 Nov 2012 dengan penglibatan serama 15 anggota pasukan, seorang ahli Bakat dan seorang pelajar sekolah telah dilatih oleh Encik Hafizudin Mohd Safa bersama 3 pembantunya dari kelab Nikon Malaysia Cawangan Kedah/Perlis. Dalam kursus tersebut, penuntut diajar teknik yang betul cara penggunaan camera DSLR dan teknik penggunaan perisian photoshop untuk menghasilkan sesuatu gambar yang menarik.
Dalam ucapan penutup kursus, Pegawai Memerintah mengucapakan terima kasih kepada Pusat Giat Mara kerana sudi berkerjasama dengan pasukan dalam mengajurkan kursus-kursus yang memberi faedah kepada anggotanya dan ahli BAKAT Pasukan. Harapan beliau agar setiap peserta yang menghadiri kursus ini mendapat ilmu dan pengetahuan sebaiknya dan seharusnya ianya dapat dikongsikan bersama agar ilmu yang diperolehi tidak hilang bergitu sahaja selepas mereka kembali ke kompeni masing-masing. Beliau juga berharap agar kerjasama diantara pasukan dengan Giatmara dapat diteruskan dari masa ke semasa. “Sememangnya kursus-kursus sebelum ini hasil anjurkan bersama seperti Kursus Solekan ahli BAKAT, Kursus Membuat Kek dan yang akan datang Kursus Simen Piro banyak membantu dalam menambah ilmu pengetahuan yang boleh digunakan sama ada untuk menjana pendapatan samping atau menjadikan ianya kerjaya dimasa akan datang” kata pegawai memerintah sebelum merasmikan penututpan kursus pada hari tersebut.


PERSINGGAHAN MAJOR GENERAL NOPAWONG SURAVICHAI




BUAHTANGAN... Major General Nopawong Suravichai (Kiri) memberi buahtangan kepada Lt Kol Abd Rashid Shahdan sebagai tanda kenangan persinggahan beliau pada hari tersebut.
WISMA PERWIRA... Persinggahan Deligasi Thailand kepasukan oleh Major General Nopawong Suravichai Commander 5th Inf Div RTA bersama isteri ke pasukan bertujuan menghadiri mesyurat Land Eksesaiz Working Group (LEWG) selama 3 hari bermula 12 Dis hingga 14 Dis 2012 bertempat di Hotel Royal, George Town, Pulau Pinang. Ketibaan deligasi telah disambut mesra oleh Panglima Bgd Sempadan Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar dan Pegawai Memerintah Lt Kol Abd Rashid Shahdan bersama pegawai-pegawai kanan pasukan dihadapan perkarangan Wisma Perwira pada 12 Dis 2012. Turut mengiring Panglima 5th Inf Div RTA ialah Kol Wichan Suksong dan isteri bersama pegawai-pegawai kanan tentera dari Negara Thailand. 

TANDATANGAN...Mejor General Nopawong Suravichai Commander 5th Inf Div RTA menandatangani Buku Lawatan Wisma Perwira disaksikan Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar Panglima Bgd Sempadan dan Lt Kol Abdul Rashid Shahdan.

Friday, 25 January 2013

ERA PENUBUHAN REJIMEN SEMPADAN


PENSTRUKTURAN SEMULA
                
             Pada tanggal 12 Jan 2008, pasukan ini dengan rasminya telah diserap ke Angkatan Tetap dan menukar nama kepada Batalion Ke 5 Rejimen Sempadan hingga hari ini. Dahulunya Batalion ini diletakkan di bawah kawalan Teknikal Bahagian Pasukan Simpanan  Tentera Darat dan sejak Rejimen Sempadan ditubuhkan, pasukan ini telah diletakkan di bawah Jabatanarah Infantri sepenuhnya, setanding dengan Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Rejimen Renjer DiRaja. Perjawatan asal keanggotaan di bawah waren penubuhan FED(M) 4143/1/80 tahun 1980 mempunyai seramai 36 pegawai dan 873 LLP telah distruktur semula di bawah waren perjawatan FED(M)/4140/1/08 tahun 2008 diperuntukkan kekuatan keanggotaannya kepada seramai 38 pegawai dan 1022 LLP.

     Penyerapan Ini merupakan penghormatan tertinggi oleh Tentera Darat dan Kerajaan Malaysia di atas pengorbanan yang diberikan oleh Pegawai dan semua warga SINGA UTARA di dalam mempertahankan keselamatan sempadan negara dari dicerobohi oleh anasir jahat dan pada tanggal tersebut jugalah pasukan telah diletakkan di bawah pemerintahan Briged Sempadan yang berpengkalan
  di Kem Oran, Perlis yang diterajui oleh Kol Razali bin Sani selaku Pemangku Panglima Briged Sempadan yang pertama.
 
     Ekoran daripada penstrukturan semula ini, pasukan telah mula menerima anggota-anggota baru dari PUSASDA bagi mengisi perjawatan di pasukan. Kumpulan pertama seramai  39 soldadu baru telah di terima pada 16 Apr 2009. Manakala kumpulan kedua menyusul pada 21 Ogos 2009 seramai 159 anggota. Perubahan ini telah memberikan semangat yang membara kepada seluruh warga SINGA UTARA bagi menunaikan tanggunngjawab menjaga sempadan Negara yang tercinta ini.

SEJARAH PENUBUHAN BN 305 INF AW


Era Batalion 305 inf Askar Wataniah

             Pada 1 Oktober 1980, Batalion 305 Infantri Askar Wataniah (Bn 305 Inf AW) telah ditubuhkan dengan rasminya bertempat di Kem Bukit Kayu Hitam, Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman. Objektif asal penubuhan pasukan adalah untuk menjamin keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di samping mendominasikan kawasan setempat agar bebas daripada kegiatan penyeludupan, kebanjiran Pendatang Tanpa lzin (PTI) dan Pendatang Haram Thai (PHT). Kewujudan batalion ini juga telah dapat membantu memperkukuhkan pertahanan hadapan negara serta menghindari pencerobohan yang dilakukan oleh anasir-anasir subversif dan musuh negara.
Pada 1 Oktober 1981, pasukan telah mencapai status 'operational' sepenuhnya beberapa pegawai tetap telah komited dengan penubuhan pasukan mereka adalah Kumpulan Perintis Markas Batalion iaitu Lt Kol Mohammad bin Maidin (410036) Pegawai Memerintah, Mej Zakaria bin Abd Rahman (12397) Pen. Peg Memerintah, KaptHalim bin Hj Wahab (60711) AjutanLt Abu Seman bin Mehat (60842), Pegawai RisikPW  I Ngah@Taha bin Husin RSM dan  PW II Harun bin Ahmad KSMJ.
     Projek pembinaan pagar dawai dan tembok sempadan Malaysia-Thailand dibina dalam tahun 1977 dari Padang Besar Perlis ke Tanda Sempadan 27 (TS 27) sejauh  53.6 km. Pada 21 Ogos 1977, peringkat pertama pembinaan bermula dari Padang Besar ke TS 23 di Bukit Kayu Hitam. Peringkat kedua pembinaan pula telah dijalankan pada 15 Januari 1980 dari TS 23 sehingga TS 27 dan siap pada pertengahan bulan Oktober 1983. Pembinaan peringkat  ketiga (tembok batu konkrit) sejauh 4.2 KM dimulakan pada 17 Jun 1994 dari TS 27 sehingga TS 27/79 telah siap pada April 1997. Jalan keselamatan juga dibina dari Pintu Pagar Utama Sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke TS 27/79. Pada 10 Februari 1981, Nukleus batalion ini telah ditempatkan di Bangunan RIMV Alor Star sementara mendapatkan bangunan dan kekuatan tempur yang diperlukan. Mej Zakaria bin Abd Rahman selaku Pegawai Tadbir Rej 504 AW telah ditukar sebagai Penolong Pegawai Memerintah yang pertama.

     Nukleus Batalion ini mengandungi Markas Kompeni dan dua Kompeni Repal. Kemudiannya, Mesyuarat Kordinasi Kedua diadakan pada 16 Februari 1981 di KEMENTAH mengarahkan supaya Batalion Lengkap bersama MK Bn dan dua Kompeni Repal termasuk satu Kompeni SJR yang sedia ada di Bukit Kayu Hitam beroperasi sepenuhnya pada 31 Mac 1981. Melalui surat KP/TD/1195/6/1(B) bertarikh 13 Jun 1981 mengarahkan supaya pasukan bersiap sedia untuk diaturgerak di Kem Bukit Kayu Hitam mulai 31 Ogos 1981. Namun begitu, perkara ini tidak dapat dilaksanakan kerana Kem Bukit Kayu Hitam tidak mempunyai infrastruktur asas seperti bangunan pejabat. penginapan serta kemudahan yang lain.

     Pasukan telah menyewa lima buah rumah di Taman Bahagia (di kenali Kem  Taman Bahagia) Jitra, Kedah pada 1 Jun 1981. Kem ini menempatkan MK Bn dan Kompeni Markas. Kem Bukit kayu Hitam dijadikan sebagai MK Taktikal yang beroperasi bersama dengan dua Kompeni. Penempatan Jabatan dan Kompeni adalah seperti berikut:
a.   Kem Taman Bahagia - Pejabat Markas Kompeni, Urus Tadbir, Kuatermaster, Gaji. Mertak, Rinser dan Usongan.
b.   Kem Bukit Kayu Hitam - Pejabat Risik, Perubatan, Stor Catuan dan dua Kompeni Repal.
c.  Platun Kenderaan. Platun Semboyan dan Sajian ditempatkan di kedua-dua kem mengikut keperluan.


 Perpindahan batalion bermula setelah menerima arahan siap sedia untuk diaturgerak pada 31 Ogos 1981 sehinggalah penghujung tahun 1982 seperti berikut: 
a.  Pada 10 Februari 1981, Nukleus Batalion menumpang di Bangunan RIMV kepunyaan Rej 504 AW di Alor Setar.
b.   Penubuhan MK Bn dan Komp MK di Kern Taman Bahagia Jitra, Kedah mulai 1 Jun 1981 sehingga 7 Januari 1982.
c.  Pada 3 Januari 1982, kerana Bukit Pinang yang baru siap dibina diserahkan kepada pasukan dan dikongsi bersama dengan Rej 504 AW yang terpaksa berpindah kerana bangunan RIMV diambil oleh kerajaan negeri. Kompeni yang berada di Kern Bukit Kayu Hitam akan membuat pusingan penugasan (roulement) ke Kem Bukit Pinang di samping mengadakan latihan selama sebulan.

d.   Batalion berpindah ke Kem Bukit Kayu Hitam pada 17 Mei 1983 yang masih berstatus MK Taktikal (Kem JPG). Sebahagian pentadbiran batalion seperti Pejabat Kuatermaster, stor-stor peralatan dan senjata masih berada di Kem Bukit Pinang.
       Pada 14 Jun 1994, Kem Bukit Kayu Hitam beroperasi sepenuhnya setelah Kem Bukit Pinang diserahkan kepada 7 RAMD.