KEM BUKIT KAYU HITAM: 17 Jan 2013, “Sama-sama kita menyahut cabaran, melaksanakan rancangan penugasan sebagaimana arahan kitaran latihan dan pentadbiran serta merealisasikannya agar mencapai sasaran yang telah di rancangkan” - kata Lt Kol Abd Rashid Shahadan Pegawai Memerintah sewaktu menyampaikan ucap sulung sempena perbarisan beliau pada tahun ini bertempat di Padang Kawad Pasukan. Dalam pada itu, beliau juga turut mengulas semula teguran dari Mk atasan seharusnya dijadikan panduan dan sama-samalah kita memperbetulkan kesilapan bagi meningkatkan dan memperkasakan pasukan ini dimasa hadapan.
Perbarisan Pegawai Memerintah pada pagi itu diketuai oleh Mej Md Uzir H.M Said Abdullah pen. peg memerintah dengan kekuatan seramai 12 peg dan 404 LLP dimulai dengan ketibaan pegawai memerintah diiringi oleh Lt Rosman Lembut (KM). Selepas menerima tabik hormat dari ketua perbarisan beliau seterusnya membuat pemeriksaan terhadap pegawai dan anggota yang hadir pada perbarisan tersebut.
Perbarisan pada pagi tersebut juga menyaksikan acara menandantangani Nota Serah Terima Tugas Pegawai-pegawai Staf Pasukan diantaranya ialah Mej Md Uzir H.M Said Abdullah (Pen.Peg Mem) menerima tugas daripada pemangku pen. pegawai memerintah Mej Misnan Bakri (Ketua Komp C) yang sebelum ini menerima tugas daripada Mej Rosezaimee Abdullah yang telah pun bertukar keluar ke MPAT. Tugas Pegawai Rekod Pasukan yang dahulunya disandang oleh kapt Mohiddin Kasiran telah menyerahkan tugas tersebut kepada kapt Mohd Rodzaini Saad dan pada masa yang sama beliau juga (mantan Ajutan) menerima tugas sebagai Pegawai Kenderaan daripada Kapt Mohd Azani Abd Ghani. Bagi Pegawai Semboyan yang dulunya dipegang oleh Kapt Mohd Dhuzuki Muhamad Hanafiah telah menyerahkan tugas tersebut kepada Kapt Mansur Mohd Jusoh dan akhir Pegawai Risik Pasukan telah dijawat oleh Kapt Nasip Miroh setelah mengambilalih tugas daripada Kapt Mohd Razi Mat Rifin.
Pada pagi tersebut juga seramai 8 orang anggota LLP telah dinaikan pangkat dari Pbt ke Lkpl (4 Orang) dan dari Lkpl ke Kpl (4 orang). Perbarisan tersebut di akhiri dengan penyerahan barang-barang keperluan sukan dari Pegawai Memerintah kepada ketua kompeni mewakili kompeni masing-masing. Turut hadir ister kepada pegawai memerintah Puan Normazila Mokhtar menemani isteri-isteri ahli BAKAT yang dinaikan pangkat pada pagi tersebut.
No comments:
Post a Comment