PADANG RAGBI: Ujian Jalan Laju (UJL) 5 KM telah dilaksanakan pada 19 Jan 2013 dengan penglibatan seramai 13 Peg dan 357 LLP ini termasuklah Pen Peg Memerintah Mej Md Uzir H.M Said Abdullah telah di uji pada pagi tersebut. kompeni A adalah kumpulan pertama yang dilepaskan pada jam 0826 dan masa 5 minit diberikan (Gap) iaitu jarak masa diantara kumpulan seterusnya.
Garis berlepas yang bermula daripada Padang Ragbi Pasukan kemudian berjalan mengikut jalan keselamatan Operasi Pagar II hingga ke Pos 2 dan seterusnya berpatah balik mengikut lorong ladang getah dan balik semula ke tempat berlepas dan menamatkan ujian. Ujian Jalan Laju yang lengkap dengan peralatan FSMO adalah bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal selain melihat kerjasama dan kesefahaman dalam sesuatu kumpulan. Sebelum itu, semasa perbarisan pagi Pen. Peg Memerintah telah berpesan kepada setiap ketua seksyen/kumpulan hendaklah menyelaras pergerakan anggota (kawalan seksyen) dan selalu memastikan keselamatan kepada peralatan persendirian seperti senjata dan peralatan-peralatan lain haruslah dititik beratkan serta tidak dipandang ringan. Ujian ini adalah ujian kedua selepas UKA yang telah dilaksanakan sebelum ini mengikut kitaran latihan yang telah dikeluarkan pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment