Saturday, 26 January 2013

PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN 5 RS


Memahirkan diri dan tanggunjawab mengikut sistem rejimental TD” - Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar
  
KEM BUKIT KAYU HITAM:    Dengan diringi oleh Pegawai Memerintah Lt Kol Abd Rashid Shahdan, Panglima Briged Sempadan Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar telah melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan terhadap pasukan pada 21 Nov 2012. Pemeriksaan tersebut adalah untuk mengenal pasti bahawa setiap kesiapsagaan anggota pasukan berada ditahap yang tinggi serta boleh digerakan pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan khidmat tentera.
Pemeriksaan pada pagi itu dimulai dengan pemeriksaan kawalan suku di balai pengawal dan seterusnya panglima ke Padang Kawad Pasukan untuk memeriksaan peralatan serta menguji pengetahuan anggota dalam Ilmu Medan Perang (IMP) termasukalah pengendalian kompas dan peta, pengendalian senjata individu, senjata bantuan diperingkat seksyen dan kompeni, Ujian UKA dan melihat persembahan cara dan taknik pengendalian Operasi Ketenteraman Awam (POPO) dibawah arahan Plan Rampai. Selain daripada itu, panglima juga melawat sekitar kawasan kompeni dan jabatan bagi mengenal pasti keperluan ataupun permasalahan yang dihadapai dapat diatasi.
“Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan Pemeriksaan Tadbir Tahunan kali ini, melalui pemeriksaan tersebut saya menyimpulkan bahawa pasukan mempunyai kekuatan dan pada masa yang sama ia juga mempunyai kelemahan, dengan kekuatan seharusnya digunakan untuk menambahbaik pentadbiran sama ada pengurusan operasi, latihan, logistik  ataupun pentadbiran di peringkat kompeni mahupun batalion. “Dari aspek kelemahan pula, seharusnya dilihat melalui kelemahan individu itu sendiri, skill dan pengetahuan serta kelemahan di peringkat sub sistem perlu diatasi dengan segera bagi menjadikan kita anggota yang profesional dan dapat mengikut sistem Rejimental yang dituntut oleh Tentera Darat” kata Panglima Bgd Sempadan sewaktu menyampaikan amanat pesanan kepada pegawai dan anggota di Padang Kawad sebelum mengakhiri pemeriksaan pada hari tersebut.
 

No comments:

Post a Comment