Friday, 25 January 2013

SEJARAH PENUBUHAN BN 305 INF AW


Era Batalion 305 inf Askar Wataniah

             Pada 1 Oktober 1980, Batalion 305 Infantri Askar Wataniah (Bn 305 Inf AW) telah ditubuhkan dengan rasminya bertempat di Kem Bukit Kayu Hitam, Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman. Objektif asal penubuhan pasukan adalah untuk menjamin keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di samping mendominasikan kawasan setempat agar bebas daripada kegiatan penyeludupan, kebanjiran Pendatang Tanpa lzin (PTI) dan Pendatang Haram Thai (PHT). Kewujudan batalion ini juga telah dapat membantu memperkukuhkan pertahanan hadapan negara serta menghindari pencerobohan yang dilakukan oleh anasir-anasir subversif dan musuh negara.
Pada 1 Oktober 1981, pasukan telah mencapai status 'operational' sepenuhnya beberapa pegawai tetap telah komited dengan penubuhan pasukan mereka adalah Kumpulan Perintis Markas Batalion iaitu Lt Kol Mohammad bin Maidin (410036) Pegawai Memerintah, Mej Zakaria bin Abd Rahman (12397) Pen. Peg Memerintah, KaptHalim bin Hj Wahab (60711) AjutanLt Abu Seman bin Mehat (60842), Pegawai RisikPW  I Ngah@Taha bin Husin RSM dan  PW II Harun bin Ahmad KSMJ.
     Projek pembinaan pagar dawai dan tembok sempadan Malaysia-Thailand dibina dalam tahun 1977 dari Padang Besar Perlis ke Tanda Sempadan 27 (TS 27) sejauh  53.6 km. Pada 21 Ogos 1977, peringkat pertama pembinaan bermula dari Padang Besar ke TS 23 di Bukit Kayu Hitam. Peringkat kedua pembinaan pula telah dijalankan pada 15 Januari 1980 dari TS 23 sehingga TS 27 dan siap pada pertengahan bulan Oktober 1983. Pembinaan peringkat  ketiga (tembok batu konkrit) sejauh 4.2 KM dimulakan pada 17 Jun 1994 dari TS 27 sehingga TS 27/79 telah siap pada April 1997. Jalan keselamatan juga dibina dari Pintu Pagar Utama Sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke TS 27/79. Pada 10 Februari 1981, Nukleus batalion ini telah ditempatkan di Bangunan RIMV Alor Star sementara mendapatkan bangunan dan kekuatan tempur yang diperlukan. Mej Zakaria bin Abd Rahman selaku Pegawai Tadbir Rej 504 AW telah ditukar sebagai Penolong Pegawai Memerintah yang pertama.

     Nukleus Batalion ini mengandungi Markas Kompeni dan dua Kompeni Repal. Kemudiannya, Mesyuarat Kordinasi Kedua diadakan pada 16 Februari 1981 di KEMENTAH mengarahkan supaya Batalion Lengkap bersama MK Bn dan dua Kompeni Repal termasuk satu Kompeni SJR yang sedia ada di Bukit Kayu Hitam beroperasi sepenuhnya pada 31 Mac 1981. Melalui surat KP/TD/1195/6/1(B) bertarikh 13 Jun 1981 mengarahkan supaya pasukan bersiap sedia untuk diaturgerak di Kem Bukit Kayu Hitam mulai 31 Ogos 1981. Namun begitu, perkara ini tidak dapat dilaksanakan kerana Kem Bukit Kayu Hitam tidak mempunyai infrastruktur asas seperti bangunan pejabat. penginapan serta kemudahan yang lain.

     Pasukan telah menyewa lima buah rumah di Taman Bahagia (di kenali Kem  Taman Bahagia) Jitra, Kedah pada 1 Jun 1981. Kem ini menempatkan MK Bn dan Kompeni Markas. Kem Bukit kayu Hitam dijadikan sebagai MK Taktikal yang beroperasi bersama dengan dua Kompeni. Penempatan Jabatan dan Kompeni adalah seperti berikut:
a.   Kem Taman Bahagia - Pejabat Markas Kompeni, Urus Tadbir, Kuatermaster, Gaji. Mertak, Rinser dan Usongan.
b.   Kem Bukit Kayu Hitam - Pejabat Risik, Perubatan, Stor Catuan dan dua Kompeni Repal.
c.  Platun Kenderaan. Platun Semboyan dan Sajian ditempatkan di kedua-dua kem mengikut keperluan.


 Perpindahan batalion bermula setelah menerima arahan siap sedia untuk diaturgerak pada 31 Ogos 1981 sehinggalah penghujung tahun 1982 seperti berikut: 
a.  Pada 10 Februari 1981, Nukleus Batalion menumpang di Bangunan RIMV kepunyaan Rej 504 AW di Alor Setar.
b.   Penubuhan MK Bn dan Komp MK di Kern Taman Bahagia Jitra, Kedah mulai 1 Jun 1981 sehingga 7 Januari 1982.
c.  Pada 3 Januari 1982, kerana Bukit Pinang yang baru siap dibina diserahkan kepada pasukan dan dikongsi bersama dengan Rej 504 AW yang terpaksa berpindah kerana bangunan RIMV diambil oleh kerajaan negeri. Kompeni yang berada di Kern Bukit Kayu Hitam akan membuat pusingan penugasan (roulement) ke Kem Bukit Pinang di samping mengadakan latihan selama sebulan.

d.   Batalion berpindah ke Kem Bukit Kayu Hitam pada 17 Mei 1983 yang masih berstatus MK Taktikal (Kem JPG). Sebahagian pentadbiran batalion seperti Pejabat Kuatermaster, stor-stor peralatan dan senjata masih berada di Kem Bukit Pinang.
       Pada 14 Jun 1994, Kem Bukit Kayu Hitam beroperasi sepenuhnya setelah Kem Bukit Pinang diserahkan kepada 7 RAMD.




No comments:

Post a Comment