KEMAHIRAN... Penuntut kursus memperlihatkan kemahiran TTS yang dipelajari sewaktu menjalani kursus tersebut di hari penutupan kursus di Gelangan Gempur Wira Pasukan.
|
KEM BUKIT KAYU HITAM: Seramai 57 Lain-lain Pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan kursus Tempur Tanpa Senjata Siri 2/2012 Peringkat Briged Sempadan bertempat di Gelangan Gempur Wira 5 Rejimen Sempadan (5RS). Upacara penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg Dato, Saad Man Adun Jitra diringi oleh Lt Kol Abd Rashid Shahdan Pegawai Memerintah 5 Rejimen Sempadan pada 28 Dis 2012 yang lalu.
Kursus yang berlangsung selama sepuluh minggu itu bermula 8 Okt hingga 28 Dis 2012 bertujuan untuk melatih anggota asas seni pertahanan diri yang wajib dipelajari oleh setiap anggota tentera. Kursus yang dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama penuntut diajar seni mempertahankan diri ‘Taekwondo’ asas pergerakan tangan dan kaki bermula dari asas tumbukan, tangkisan, tendangan, taknik kilasan sehinggalah kepada pergerakan lawang. Bagi fasa kedua pula, penuntut diajar seni pertahankan diri Gempur Wira medan pertempuran dengan menggunakan senjata M16, kayu cota, parang dan banet sama ada dengan tujuan membunuh ataupun mempertahankan diri.
Upacara penutupan kursus pada pagi itu dimulai dengan persembahan demo dari penuntut dimulai dengan asas renggangan jasmani, rebahan disusuli dengan tumbukan dan tangkisan, bertarung menggunakan senjata api dan tajam, lompatan dan diakhiri dengan pemusnahan. Penuntut terbaik bagi ketegori ketabahan telah disandang oleh Pbt Azli Che Nordin dan bagi ketegori Sparing terbaik pula jatuh kepada Pbt Mohd Azam Busrak dan akhir, Pbt Mohamad Safuan Shahbudin telah terpilih sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi siri ini. Hadiah dan sijil telah disampaikan sendiri oleh Ybhg Dato’ Saad Man dan sebagai tanda kenangan, Pegawai Memerintah mewakili penuntut kursus menyampaikan cenderahati berbentuk Pisau Banet dan plaka kepada Ybhg Dato kerana kesudian beliau hadir pada pagi tersebut. Sememangnya kursus ini amat besar bermaknanya dimana ia dapat memberi keyakinan kepada peserta dalam membuat tindakan serta merta apabila diperlukan kelak.
No comments:
Post a Comment